TENAGA ANGIN
Tenaga angin menunjuk kepada pengumpulan energi yang berguna dari angin. Pada 2005, kapasitas generator tenaga-angin adalah 58.982 MW, hasil tersebut kurang dari 1% penggunaan listrik dunia. Meskipun masih berupa sumber energi listrik minor di kebanyakan negara, penghasilan tenaga angin lebih dari empat kali lipat antara 1999 dan 2005.Kebanyakan tenaga angin modern dihasilkan dalam bentuk listrik dengan mengubah rotasi dari pisau turbin menjadi arus listrik dengan menggunakan generator listrik. Pada kincir angin energi angin digunakan untuk memutar peralatan mekanik untuk melakukan kerja fisik, seperti menggiling "grain" atau memompa air.Tenaga angin digunakan dalam ladang angin skala besar untuk penghasilan listrik nasional dan juga dalam turbin individu kecil untuk menyediakan listrik di lokasi yang terisolir.
Tenaga angin banyak jumlahnya, tidak habis-habis, tersebar luas, bersih, dan merendahkan efek rumah kaca.
TENAGA SOLAR
Penggunaan tenaga solar amat terhad di negara kita. Penggunaan solar yang utama adalah sistem pemanasan air bersolar di hotel-hotel, industri kecil makanan dan minuman serta di rumah-rumah golongan kelas pertengahan atas. Adalah dianggarkan tidak kurang daripada 10,000 unit sistem air panas domestik telah dipasang setakat ini.
Satu pertiga daripada jumlah peruntukan kerajaan yang bernilai RM469 juta bagi program-program pengelektrikan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh telah diperuntukkan bagi tujuan pemasangan kuasa solar untuk kegunaan penduduk di kawasan luar bandar mahupun pedalaman.
Sebuah projek yang diberi nama '100kWp Demonstration Photovoltaic Project' telah dilaksanakan atas inisiatif Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, dengan Kerajaan Jepun yang diwakili oleh NEDA di Marak, Sabah. Projek ini telahpun siap pada tahun 1995. Projek ini telah menjadi permulaan bagi pemindahan teknologi yang lebih cekap dan berkesan dalam aspek penjanaan kuasa PV.
TNB Research Sdn Bhd sedang menjalankan sebuah projek penyelidikan tentang 'Photovoltaic Grid Connected Roof Solar 3kW'. Ia dibiayai tabung amanah tersebut (RM500,000).
Selain itu, terdapat sebuah projek demonstrasi 'Hybrid Diesel Solar PV' oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia yang juga dibiayai tabung amanah tersebut (RM472,000).
TENAGA HIDROELEKTRIK
Tenaga hidroelektrik merupakan salah satu tenaga alternatif yang popular di negara-negara membangun. Tenaga ini dapat dijalankan di negara membangun kerana adanya sungai yang mempunyai aliran deras. Aliran sungai yang deras seperti air terjun membolehkan tenaga elektrik yang tinggi dihasilkan, misalnya di Malaysia yang mempunyai banyak empangan hdroelektrik seperti di Empangan Bakun, Sarawak. Hal ini demikian kerana aliran air yang jatuh dari puncak air terjun membolehkan turbin digerakkan dan seterusnya menyebabkan generator elektrik menghasilkan tenaga elektrik.
Bukan itu sahaja, isipadu air yang tetap dan banyak juga penting untuk penjanaan tenaga hidroelektrik. Isipadu air sungai yang sedikit menyukarkan turbin digerakkan dan secara tidak langsung menyebabkan tenaga elektrik yang terhasil adalah sedikit. Selain itu, tenaga hidroelektrik merupakan tenaga komersial yang keempat terbesar di peringkat global selepas minyak, arang batu dan gas. Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini telah menjadi penting kepada penduduk dunia untuk membekalkan sumber elektrik.
Bukan itu sahaja, isipadu air yang tetap dan banyak juga penting untuk penjanaan tenaga hidroelektrik. Isipadu air sungai yang sedikit menyukarkan turbin digerakkan dan secara tidak langsung menyebabkan tenaga elektrik yang terhasil adalah sedikit. Selain itu, tenaga hidroelektrik merupakan tenaga komersial yang keempat terbesar di peringkat global selepas minyak, arang batu dan gas. Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa tenaga alternatif seperti tenaga hidroelektrik kini telah menjadi penting kepada penduduk dunia untuk membekalkan sumber elektrik.
Tenaga hidroelektrik juga menjadi komersial kerana tenaga ini bersih dan tidak mencemarkan udara. Penghasilan tenaga ini tidak membebaskan gas karbon dioksidayang mampu mencemarkan kandungan udara danbahan radio aktif atau bahan kimia lainyang boleh mencemarkan sungai. Hal ini berbeza dengan tenaga konvensional sepertipetroleum yang mampu mencemarkan kandungan udara sekeliling ketika penghasilanminyak. Tenaga hidroelektrik juga telah menjadi komersial kerana tenaga ini selamatdigunakan dan sangat efisien kepada pengguna.
Di samping itu, tenaga hidroelektrik banyak dijana di negara-negara membangunkerana kebanyakan sungai di negara ini sentiasa mengalir sepanjang tahun. Hal inimembolehkan tenaga elektrik sentiasa dapat dijana setiap masa. Tenaga hidroelektriksukar dijana jika aliran sungai tidak berlaku sepanjang tahun. Selain itu, negara-negara membangun juga memiliki banyak tempat strategik untuk membina empanganhidroelektrik. Hal ini membolehkan tenaga hidroelektrik banyak dijana di negaratersebut. India merupakan salah satu negara yang banyak menjana tenaga hidroelektrik.
Tambahan lagi, tenaga hidroelektrik juga amat murah untuk dijanakan. Oleh sebab itu. negara-negara membangun banyak menjana tenaga ini kerana hal inibersesuaian dengan keadaan kevvangan negara membangun yang masih belum begitukukuh. Sebaliknya. penjanaan hidroelektrik ini mampu memberikan pulangan yang agaklumayan kerana tenaga ini merupakan salah satu tenaga yang komersial di dunia
BIOFUEL
Masih ramai yang kurang terdedah akan maksud dan tujuan penggunaan biofuel. Oleh yang demikian adalah penting untuk mengetahui definisi Biofuel itu sendiri. Ini penting dalam memahami takrifan dan penerangan berkaitan industri ini. Seringkali ramai yang terkeliru akan definisi biofuel dan biodiesel. Pada asasnya Biofuel adalah kata nama yang mewakili kumpulan baru daripada pelbagai jurus tenaga alternatif.
Seperti yang kita sedia maklum, tenaga alternatif seperti tenaga suria, tenaga hidro dan juga angin adalah tiga kumpulan tenaga yang penting yang telah wujud sejak sekian lama. Pengenalan istilah biofuel ini berkait rapat dengan sumber-sumber yang digunakan dalam penghasilannya. Biofuel berasal dari gabungan dua perkataan Inggeris, iaitu „Biologi“ dan „Fuel“. Penggunaan istilah Biologi merujuk kepada sumber dan unsur semulajadi yang berpotensi menjadi sumber tenaga, seperti tumbuhan,haiwan dan jisim-jisim gas tertentu. Sisa pembuangan tumbuhan dan haiwan boleh diproses untuk menghasilkan biomass, manakala sumber biogas boleh dihasilkan menggunakan kaedah-kaedah tertentu melibatkan gas-gas ammonia,hidrogen dan lain-lainnya.
Dalam konteks industri biofuel terkini, biodiesel dan ethanol merupakan dua jenis biofuel yang paling banyak dihasilkan. Penghasilan kedua-dua sumber tenaga baru ini pula dipengaruhi oleh banyak faktor. Faktor geografi,sumber alam dan teknologi merupakan tiga faktor penting yang mempengaruhi industri biofuel masakini. Di Eropah dan di Asia, biodiesel lebih banyak dihasilkan berbanding ethanol. Manakala di Amerika Syarikat ethanol lebih mendapat tempat di khalayak penyelidik dan juga pelabur.
Dalam aspek teknologi misalnya, penggunaan enjin Diesel di Eropah lebih dominan berbanding pengunaan enjin Otto. Manakala di Amerika, penggunaan enjin Otto yang meluas telah menjadi pemangkin perkembangan industri biofuel berasaskan ethanol. Kedua-dua jenis enjin tersebut telah diberi nama bersempena nama dua orang jurutera Jerman yang telah merekabentuk enjin berasaskan diesel dan petrol.
Biodiesel pula boleh dihasilkan melalui dua kaedah. Kaedah yang pertama ialah dengan mencampurkan diesel dalam peratus yang besar dengan minyak sayuran asli dalam peratusan yang kecil. Dalam kaedah yang kedua, biodiesel boleh juga terhasil dengan campuran minyak sayuran dengan peratus yang besar dengan diesel dalam peratusan yang kecil.
Dalam perkembangan mutakhir ini, Eropah merupakan pengguna Biofuel terbesar berbanding rantau-rantau lain. Pelbagai insentif dan galakan diberikan oleh negara Eropah kepada para pemain industri Biodiesel ini. Tidak kira daripada individu-individu sehinggalah ke syarikat-syarikat bertaraf multinasional. Sebagai contoh kerajaan Jerman mengenakan cukai bahan api yang sangat rendah kepada biodiesel. Terdapat juga negara-negara di Eropah yang telah mewartakan biodiesel sebagai bahan api alternatif yang akan diterima pakai sebagai bahan api nasional pada masa hadapan. Ini kerana biodiesel adalah bahan api yang bersih dan bebas dari pencemaran.
Rangkaian biodiesel di Eropah terbina melalui kerjasama yang erat antara industri kejuruteraan terutamanya kejuruteraan automotif dan juga industri pertaniaan. Dua sektor inilah yang telah memungkinkan banyak sekali penyelidikan dan pembangunan berkenaan dengan biodiesel dijalankan. Para petani yang menanam tanaman seperti kacang soya, raps dan jagung mengambil pelbagai inisiatif sendiri membina makmal kecil dan juga stesen-stesen membekalkan biodiesel.
Manakala pemain-pemain indsutri yang lebih besar, menjalankan kajian dan pembangunan terhadap enjin-enjin diesel yang mesra bio dan menguji akan kemampuannya menggunakan biodiesel sebagai bahan api.
Pengeluar-pengeluar kereta di Eropah seperti Volkswagen dan Audi merupakan syarikat yang begitu aktif sekali dalam membangunkan enjin diesel yang dwi fungsi. Sokongan vendor seperti Bosch dan Denso yang turut tidak mahu ketinggalan dalam industri ini, mempercepatkan lagi integrasi biodiesel dalam enjin-enjin kenderaan diesel komersial.
Disinilah terletaknya kunci kejayaan dalam industri ini. Kejayaan dalam mengkomersilkan biodiesel sebagai bahan api komersial sikit masa nanti, pasti akan membawa pulangan yang cukup lumayan, setidak-tidaknya mampu menarik minat dan hati pencinta alam sekitar untuk menggunakan kereta berasaskan biodiesel. Yang pasti kelainan biasanya mendatangkan kejayaan. Inilah perkara yang Proton boleh pelajari.
Proton selaku pembuat kereta nasional perlu memikirkan akan masa depan hidup mati mereka. Kebergantungan kepada industri automotif arus perdana sahaja, pasti tidak akan ke mana. Semakin hari banyak sekali model-model baru dikeluarkan oleh pembuat kereta dari Korea dan China, yang menawarkan harga lebih kompetetif malah kadangkala murah pada pandagan pembeli.
Proton perlu berani membuat perubahan memulakan langkah menceburi industri bahan api alternatif. Penghasilan enjin berasaskan biodiesel dapat mengembalikan maruah Proton sebagai pengeluar kereta nasional. Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang baru ini pasti akan membawa keuntungan dimasa akan datang. Bekalan bahan api biodiesel berasakan minyak sawit dan diesel boleh didapati daripada pasaran domestik.
Tidak perlu diperkatakan lagi akan industri biodiesel Malaysia. Malaysia kini terkenal di seluruh dunia kerana mampu menghasilkan 3-5 juta tan penghasilan minyak kelapa sawit setahun. Sebagai antara pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, industri biodiesel di Malaysia dilihat mampu berkembang pesat. Saban tahun akan banyak sekali hasil-hasil kajian biodiesel yang berprestasi tinggi dibentangkankan. Proton perlu mengambil peluang yang sudah ada didepan mata dengan membuat perkongisan pintar dengan agensi-agensi tersebut untuk memajukan industri biofuel negara. Kerjasama antara pusat penyelidikan Proton dan juga agensi-agensi biodiesel negara, pasti akan membuahkan hasil yang menguntungkan rakyat dan negara.
Adalah amat menyedihkan di kala banyak negara berlumba-lumba memantapkan industri tenaga alternatif ini dengan meningkatkan keupayaan sektor pertaniaan, Malaysia masih tercari-cari arah dalam memajukan industri pertaniaannya. Brazil misalnya. Tanaman tebu yang menjadi tunjang sektor pertaniaan mereka sejak sekian lama, diberi suntikan baru dengan menerapkan teknolgi terkini menjadikan tebu bukan sahaja sebagai pembekal gula, tetapi mampu menghasilkan bahan api ethanol.
Industri bahan api biofuel di Malaysia sangat berpotensi tinggi. Segala kemudahan telah tersedia untuk diutilisasikan untuk tujuan ini. Industri kejuruteraan automotif Malaysia juga tidak kurang hebatnya. Proton sebagai peneraju industri automotif negara perlu melihat dan berfikir diluar lingkungan arus perdana industri automotif. Di kala pembuat-pembuat kereta seperti Ford dengan Turiusnya, Toyota dengan Hydbridnya dan Volkswagen serta Audi dengan TDI nya, kini semakin teguh dalam pasaran industri biofuel ini; Proton perlu mengambil langkah drastik mencuba sesuatu yang baru.
Kebergantungan kepada enjin petrol tidak akan memberi pulangan margin keuntungan yang besar lagi pada masa akan datang, apabila harga minyak semakin meningkat hari demi hari. Pelaburan dalam sektor bahan api berasaskan biofuel terutamanya biodiesel perlu diberi keutamaan dalam rancangan jangka masa panjang.
Langkah-langkah awal sudah diambil. Kerajaan melalui dasar biotek negara telah mengumumkan segala bentuk inisiatif dan galakan untuk memajukan industri ini. Kemampuan penghasilan Envo 5 oleh MPOB dan rakan-rakan penyelidikannya, memberi petanda awal industri ini akan berkembang maju di masa hadapan. Tinggal lagi kerjasama dari rakan-rakan teknologi seperti Proton dan HICOM yang bakal menentukan nasib kesinambungan industri biofuel negara.
Ini kerana banyak sekali syarikat-syarikat luar mengintai peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi biodiesel negara. Lawatan kerja oleh Mitsubishi Corp ke MPOB baru-baru ini harus membuka mata syarikat automotif tempatan untuk mengambil peluang ini. Hanya kerjasama yang erat antara pemain-pemain industri akan membantu sasaran dan harapan kerajaan memajukan Malaysia sebagai negara berprestasi tinggi dan mesra alam.
Sumber : www.yadim.com.my