JIMAT TENAGA



TIP JIMATKAN AIR DI RUMAH ANDA


  • Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah

  • Kurangkan masa mandian atau gunakan paip air perenjis mandian bertekanan rendah

  • Jangan biarkan air mengalir di sinki ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah dengan menakung air di dalam bekas

  • Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui proses penyejatan akibat cuaca panas

  • Ubah suai alat siraman di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil gunakan baldi atau salur getah.

  • Pastikan rumput di taman dalam keadaan lebih kurang 6cm kerana rumput yang  sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan

  • Gunakan penyapu untik membersihkan kawasan luar dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap atau  kotoran

  • Gunakan bekas pengairan seboleh mungkin untuk menyiram taman

  • Jangan biarkan air mengalir semasa mencuci pinggan mangkuk, gunakan air yang dipenuhkan di dalam singki.

  • Simpan sebotel air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk

  • Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah

  • Gunakan air yang dikumpulkan semasa hujan untuk kegunaan di dalam garaj, di taman dan jika boleh untuk curahan tandas anda.